Friday, July 18, 2014

Resepi COKLAT BADAM

Sambungan entry Kursus Biskut Raya 2014

COKLAT BADAM

Bahan
250 gm coklat susu compound/coin
250 gm badam cincang
50 gm pes hazelnut

Cara

1.     Badam dibakar sebentar
2.    Cairkan coklat dengan menggunakan kaedah double boil. 
Apabila coklat cair masukkan pes hazelnut.
3.    Masukkan badam yang telag dibakar ke dalam coklat masakan tadi. Kacau sebati.
4.    Sudukan ke dalam kertas cawan dan biarkan sejuk




kaedah double boil







Selamat Mencuba

Wednesday, July 16, 2014

FLORENTINE COOKIES / CRUNCHY CARAMEL ALMOND


Biskut yang dibuat semasa Kursus Membuat Biskut Raya 2014 di MRTC FELDA JERANGAU

FLORENTINE COOKIES / CRUNCHY CARAMEL ALMOND

Bahan
200 gm tepung Florenta
100 gm badam keping
50 gm kuaci labu

50 gm kuaci bunga matahari
10 gm bijan hitam


Cara

Badam dan kuaci dibakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna
Sediakan loyang 8 x8 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.


Selamat Menjamu Mata

Bahan-bahan

Badam dan kuaci dibakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit


Satukan semua bahan dalam bekas


Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna

Bakar dalam oven selama 10 minit

Setelah Dibakar

terus potong kepada kepingan

Patah-patahkan kepingan



Simpan dalam bekas kedap udara.

Selamat Mencuba

Kursus Membuat Biskut RAYA 2014


Assalamualaikum

Alhamdulillah, Program keempat yang di adakan di Mini RTC Felda Jerangau telah berjalan dengan lancar.
Program tersebut adalah Kursus Membuat Biskut Raya 2014.

Kursus ini telah di adakan pada

Tarikh : 09. 7. 2014
Masa  : 9.30 Pagi
Tempat : Mini RTC Felda Jerangau


Bahan-Bahan Buat Biskut







Hasilnya, 2 Jenis Biskut

2.) Coklat Badam

 Peserta yang sempat bergambar bersama

Diharap para peserta mendapat manfaat dari kursus membuat Biskut Raya ini.
Terima Kasih Kepada semua peserta yang telah menjayakan Kursus ini dan Terima Kasih juga kepada Kak Ita dari MRTC LANDAS sebagai tenaga pengajar yang telah mengajar cara-cara membuat BISKUT RAYA di Mini RTC Felda Jerangau.