Monday, June 2, 2014

Kursus Membuat Kek Keju Meleleh 29.5.2014

Assalamualaikum

Alhamdulillah, Program pertama yang di adakan di Mini RTC Felda Jerangau telah berjalan dengan lancar.
Program tersebut adalah Kursus Membuat Kek Keju Meleleh.
Kursus membuat Kek Keju Meleleh ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada penduduk Felda Jerangau. 
Kursus ini telah di adakan pada

Tarikh : 29. 5. 2014
Masa  : 9.30 Pagi
Tempat : Mini RTC Felda Jerangau


Penerangan dari Tenaga Pengajar






Adunan yang telah siap di putar


Meletakkan Cheese ke atas Kek yang telah siap dibakar



Kek Keju Meleleh yang telah siap di hias

Peserta Kursus bersama tenaga pengajar

Peserta Kursus bersama 

Diharap para peserta mendapat manfaat dari kursus Kek Keju Meleleh ini.
Terima Kasih Kepada semua para peserta yang telah menjayakan Kursus ini dan Terima Kasih juga kepada Kak Sharmiza dari RTC AMBS sebagai tenaga pengajar yang telah mengajar cara-cara membuat Kek Keju Meleleh di Mini RTC Felda Jerangau.

Wednesday, May 21, 2014

INISIATIF MINI RTC


            1. Latihan Kemahiran ICT
   Contoh Latihan Kemahiran ICT yang dapat dilaksanakan di Mini RTC adalah seperti:
1.      Kursus Adobe Photoshop
2.      Kursus Membangunkan Blog Perniagaan
3.      Kursus Asas Microsoft Office
4.      Kursus Asas Movie Maker
5.      Kursus Penyelenggaraan Komputer
6.      Kursus Etika Penggunaan Internet
           2. Latihan Kemahiran Desa
  Contoh Latihan Kemahiran Desa yang dapat dilaksanakan di Mini RTC adalah seperti:
1.      Kursus Dekorasi Kek
2.      Kursus Sulaman dan Jahitan Manik
3.      Kursus Solekan dan Dandanan Diri
4.      Kursus Masakan
5.      Kursus Membaiki Motosikal
6.      Kursus Ternakan
7.      Kursus Jahitan Baju
          3. Kolabarasi Bersama Kementerian/Agensi Lain
 Contoh Program Kolaborasi yang dapat dilaksanakan di Mini RTC adalah seperti:
1. Pemeriksaan Kesihatan Percuma – Kementerian Kesihatan Malaysia
2.      Latihan Kemahiran – Giat MARA
3.  Ceramah Kepenggunaan – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
4.      Taklimat usahawan - MARA
5.      Bank Negara Malaysia – Mobile Link
6.      Program Waste to Wealth – Felcra Consultancy

7.      Komuniti Perwani – Jabatan Pembangunan Wanita

Perkhidmatan di Mini RTC Felda Jerangau

Di Mini RTC Felda Jerangau terdapat beberapa perkhidmatan yang disediakan untuk pengunjung dan pengguna Mini RTC. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah Cyber Café, printing, upah menaip, fotostat, mengisi borang online dan sebagainya. Senarai harga bagi setiap perkhidmatan yang disediakan adalah seperti di bawah:


Harga Pengguna Cyber Cafe
Bil
Masa
Ahli (RM)
Bukan Ahli (RM)
1.
15 Minit
0.50
0.50
2.
30 Minit
0.80
1.00
3.
1 Jam
1.50
2.00

Harga Lain-Lain Perkhidmatan
Bil
Masa
Ahli (RM)
Bukan Ahli (RM)
1.
Print Hitam
0.40/page
0.50/page
2.
Print Warna (bergantung kepada banyak warna)
0.80 -1.80/page
1.00 – 2.00/page
3.
Scanning
0.50
4.
Upah Menaip
1.50/page
5.
Upah Mengisi Borang Online
1.00
6.
Fotostat
0.10 (Biasa)
0.20 (IC)
7.
Latihan Asas ICT
Percuma
8.
Pusat pertanyaan maklumat berkaitan
Percuma
                   
Bayaran Keahlian Mini RTC Felda Jerangau
Bil
Jenis Keahlian
1 Tahun (RM)
6 Bulan (RM)
1.
Ahli Baru
12.00
6.00
2.
Ahli Lama (Perbaharui)
6.00
3.00