Showing posts with label RTC. Show all posts
Showing posts with label RTC. Show all posts

Monday, June 2, 2014

Kursus Membuat Kek Keju Meleleh 29.5.2014

Assalamualaikum

Alhamdulillah, Program pertama yang di adakan di Mini RTC Felda Jerangau telah berjalan dengan lancar.
Program tersebut adalah Kursus Membuat Kek Keju Meleleh.
Kursus membuat Kek Keju Meleleh ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada penduduk Felda Jerangau. 
Kursus ini telah di adakan pada

Tarikh : 29. 5. 2014
Masa  : 9.30 Pagi
Tempat : Mini RTC Felda Jerangau


Penerangan dari Tenaga Pengajar






Adunan yang telah siap di putar


Meletakkan Cheese ke atas Kek yang telah siap dibakar



Kek Keju Meleleh yang telah siap di hias

Peserta Kursus bersama tenaga pengajar

Peserta Kursus bersama 

Diharap para peserta mendapat manfaat dari kursus Kek Keju Meleleh ini.
Terima Kasih Kepada semua para peserta yang telah menjayakan Kursus ini dan Terima Kasih juga kepada Kak Sharmiza dari RTC AMBS sebagai tenaga pengajar yang telah mengajar cara-cara membuat Kek Keju Meleleh di Mini RTC Felda Jerangau.

Tuesday, May 20, 2014

Mini RTC Felda Jerangau


Mini RTC Felda Jerangau  terletak dalam Daerah Dungun, lebih kurang 58 kilometer ke selatan Bandar Kuala Terengganu. Mini RTC Felda Jerangau dahulunya dikenali sebagai Medan Infodesa (MID) Felda Jerangau. Nama asal Medan Info Desa adalah Pusat e-Komuniti Felda Jerangau. Dilancarkan pada 26 Jun 2003  bersamaan 25 RabiulAkhir 1424 H oleh YB Dato’ Seri Haji Idris Jusoh. Pusat ini mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Ogos 2003. Mini RTC Felda Jerangau terletak di bangunan JKKR Felda Jerangau di bawah seliaan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan juga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) sebagai agensi penyelaras.

Waktu beroperasi Mini RTC Felda Jerangau bagi setiap minggu adalah seperti berikut:
                        Ahad – Khamis               :     9.00 pagi – 6.00 petang
                        Jumaat                            :     Tutup
                        Hari Cuti Umum              :     Tutup

                        Rehat (hari bekerja)      :     1.00 petang – 2.00 petang