Tuesday, May 20, 2014

Mini RTC Felda Jerangau


Mini RTC Felda Jerangau  terletak dalam Daerah Dungun, lebih kurang 58 kilometer ke selatan Bandar Kuala Terengganu. Mini RTC Felda Jerangau dahulunya dikenali sebagai Medan Infodesa (MID) Felda Jerangau. Nama asal Medan Info Desa adalah Pusat e-Komuniti Felda Jerangau. Dilancarkan pada 26 Jun 2003  bersamaan 25 RabiulAkhir 1424 H oleh YB Dato’ Seri Haji Idris Jusoh. Pusat ini mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Ogos 2003. Mini RTC Felda Jerangau terletak di bangunan JKKR Felda Jerangau di bawah seliaan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan juga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) sebagai agensi penyelaras.

Waktu beroperasi Mini RTC Felda Jerangau bagi setiap minggu adalah seperti berikut:
                        Ahad – Khamis               :     9.00 pagi – 6.00 petang
                        Jumaat                            :     Tutup
                        Hari Cuti Umum              :     Tutup

                        Rehat (hari bekerja)      :     1.00 petang – 2.00 petang


No comments:

Post a Comment